top of page

Keuntungan dan Kelebihan Yang Diperolehi Oleh Badan Korporat Dengan Menyimpan Di Dalam Unit Amanah

Pelaburan Unit Amanah Oleh Badan Korporat dan Swasta

 

Unit amanah juga boleh disertai oleh badan korporat dan swasta. Melalui simpanan di unit amanah, syarikat-syarikat  akan dapat membantu menjana keuntungan di dalam sektor pelaburan dan simpanan.

 

Sebagaimana yang sedia maklum, kebiasaan sesebuah syarikat akan menyimpan dana ke instrumen-instrumen yang tetap seperti akaun simpanan dan simpanan tetap. Memang benar, simpanan di dalam instrumen ini selamat dan tiada risiko. Namun begitu, dari aspek ekonomi, simpanan di instrumen ini kurang memberikan keuntungan.

 

Adalah lebih baik sekiranya sesebuah syarikat yang mempunyai wang lebihan yang berkemungkinan tidak terusik untuk jangka masa yang lama, menyimpan di dalam unit amanah, terutamanya unit amanah islamik CIMB Principal. Dengan membuat simpanan jangkamasa sederhana antara 3 - 5 tahun, syarikat akan dijangka mendapat pulangan yang tinggi terhadap pelaburan yang dibuat.

 

Memang benar simpanan dan pelaburan di unit amanah mempunyai risiko, namun begitu, dengan perancangan yang teliti, teknik simpanan dan pelaburan yang betul dengan menggunakan kaedah purata kos ringgit, syarikat akan dapat memaksimakan keuntungan jangka panjang.

 

Di dalam tahun 2014 ini, pengurus-pengurus dana di bank-bank terkemuka di Malaysia menjangkakan bahawa unit-unit amanah akan meningkat naik dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin rancak. Dengan jangkaan indeks komposit yang bakal mencecah kepada 2000 mata, adalah dijangkakan industri unit amanah akan terus berkembang dan memberikan pulangan yang memuaskan kepada para pelabur dan penyimpan.

 

Berikut adalah prestasi unit-unit amanah Islamik CIMB Principal di sepanjang tahun 2013.

Dari carta unit amanah Islamik CIMB di bawah:

CIMB islamic Small Cap menunjukkan kenaikan harga sebanyak 45.44% untuk tahun 2013.

CIMB Islamic Dali Equity Growth menunjukkan kenaikan harga sebanyak 23.70%.

CIMB PRINCIPAL

Institusi Kewangan Yang Kukuh Untuk Membina Kewangan

AIA BERHAD

Institusi Insurans Yang Teguh Untuk Melindungi Diri dan Kewangan

​​AS SOLIHIN​​​​

Hibbah dan Wasiat Untuk Menjamin Harta Waris dan Keluarga Anda

​CIMB BANK

Pembiayaan Pinajaman ASB/ASN Sehingga Had Maksima

FOLLOW US:

  • s-facebook
  • Twitter Metallic

Hak Cipta Terpelihara @ cimbagency 2014
 

bottom of page